..YA ALLAH, JIKA AKU JATUH CINTA, CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATAN KU UNTUK MENCINTAI-MU..

Tuesday, September 2, 2014

··¤(`×[¤Tentang Dia¤]×´)¤··


Assalamualaikum buat semua..

Semalam 01.09.2014 genap tiga tahun lapan bulan 18 hari sahabat sunyi meninggalkan dunia fana ini. Sahabat yang telah banyak berkongsi suka duka dengan sunyi, Sungguh sunyi tidak menyangka secepat itu dia meninggalkan diri ini, namun takdir ALLAH sudah begitu. Siapa sunyi yang ingin melawan takdirnya..

Perkenalan kami bermula pada tanggal 05 Januari 1998. Ketika itu sunyi baru melangkah ke alam sekolah menengah. Pertama kali menjejakkan kaki ke dalam kelas 1 Amanah, dialah insan pertama yang menyapa  dengan senyuman yang teramat manis pada pandangan mata ini. Detik itu bermulalah titik tolaknya ikatan persahabatan kami. Dia yang bernama R*** bukanlah gadis yang seagama. Dia penganut agama kristian yang taat. Tiada siapa menyangka kami boleh menjadi sahabat yang baik biarpun berlainan pegangan agama.

Sunyi ingat lagi, ketika itu kami sudah berada di tingkatan 5. itulah kenangan paling manis yang dia tinggalkan buat diriku. Ketika itu kami bersama menelaah pelajaran untuk persediaan menghadapi ujian SPM. Kami memutuskan untuk berkelah di tepi pantai sambil belajar. Ketika sedang bersantai merehatkan minda setelah bersusah payah menghafal segala formula yang sangat memualkan, dia tiba-tiba bertanya kepada sunyi soalan yang memang tak diduga..

"Kay, kalau kau di beri pilihan untuk menjadi antara matahari dan juga bulan kau nak pilih mana satu?"

"Sebelum aku jawab soalan kau, aku nak tau kau akan pilih yang mana satu?"

"Kalau aku di beri pilihan, aku nak jadi bulan. Sebab aku nak sentiasa ada bersama dengan kau. Tau kenapa? Sebab kita sahabat selamanya.."

"Tapi siang hari bulan takde, maksudnya kau takde temankan aku.. Huhu.."

"Sape cakap? Tengok betul-betul kawan.. Bulan sentiasa ada walaupun hari siang.. Cuma cahaya bulan tak secerah seperti waktu malam sebab itu hukum alam."

Itulah kenangan yang dia tinggalkan untuk diri ini.

Setelah tamat sesi persekolahan kami terpisah kerana melajutkan pelajaran di tempat yang berasingan. Dia mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajar ke UiTM Arau sedangkan sunyi di Kota Semarahan, Sarawak. Namun begitu sunyi tidak menamatkan pengajian kerana bidang yang sunyi ambil bukanlah bidang yang sunyi mampu takluki. Akhirnya sunyi melanjutkan pelajaran dalam bidang Culinary di sebuah kolej swasta di Selangor. Walaupun kami berada di atas tanah yang sama namun kami tidak pernah bisa bertemu. Hanya handphone menjadi sandaran bagi memekarkan lagi ikatan persahabatan kami.

3 tahun di rantau orang akhirnya dia memilih untuk memeluk agama islam. Pada mulanya sunyi agak terkejut kerana sunyi kira dia memeluk islam hanya kerana dia bercinta dengan seorang pemuda islam. tapi ternyata dia memilih islam setelah puas dia mengkaji kitab suci al-Quran. Subahanallah, sungguh besar kuasa ALLAH . Nama islamnya Nur Q******. Sunyi ingat lagi pada tanggal 20 April 2010 setelah 5 tahun menjadi seorang muslimah, sunyi menyatakan kerinduan ingin bertemu dengannya. Kata sunyi cuti kami selalu saja berselisih. Bila sunyi kembali ke Sarawak, dia akan balik ke S'jung dan begitulah sebaliknya. Akhirnya dia mengikat janji bahawa kami akan bertemu pada 01 Jun 2011. Ketika itu suku kaum iban akan menyambut hari gawai dan dia akan kembali untuk meraikannya bersama keluarga. 

Namun sunyi tidak menduga janjinya untuk bertemu dengan sunyi tertunai tapi dalam keadaan dirinya yang tidak lagi bernyawa. Dia meninggalkan sunyi tanpa sunyi menduga. Pada malam 13 April 2011, dia menghadiri majlis makan malam anjuran UiTM bagi pelajar tahun akhir. Kata teman sekuliahnya malam itu dia terlupa membawa inhalernya bersama (dia sakit asthma). Ketika upacara kemuncak majlis dia mengadu sesak nafas dan ingin segera pulang, ketika dalam perjalanan pulang keadaannya bertambah serius dan akhirnya mereka memutuskan untuk terus pergi ke hospital. Sampai saja di pintu wad kecemasan tepat jam 0130 pagi dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Sungguh sunyi tidak sanggup menerima kenyataan bahawa dia sudah tiada menemani diri ini pada awalnya. Sunyi masih ingat ketika turut serta menghantar jenazahnya ke tanah perkuburan islam di Miri, sunyi rasakan separuh semangat diri ini turut pergi bersamanya. Sesungguhnya dia sahabat yang paling terbaik. Tiada siapa yang mampu menggantikan tempatnya di hati ini. Sebelum sunyi beredar dari kawasan tanah perkuburan islam, ibu arwah telah memberikan sepucuk surat katanya kiriman arwah seminggu sebelum dia 'pergi'. Dia bagaikan dapat merasa saat kematiannya bakal hampir. Sunyi masih menyimpan surat tersebut malah bagai sudah hafal setiap untaian katanya.

"Assalamualaikum sahabatku sayang

Mesti kau pelik kenapa aku tulis surat ni then poskan kepada keluarga aku untuk di berikan kepada kau. Aku sendiri tak pasti kenapa tapi aku tak yakin yang aku mampu menunaikan janji aku untuk bertemu pada bulan Jun nanti. Mana la tau kot-kot aku bz sampai tak sempat nak balik..

Sayang kau jangan la merajuk ngan aku eh, nanti susah aku nak pujuk sebab kau tu makin di pujuk rajuk kau makin panjang. Huhu.. Sian kat aku, nanti takde sape aku nak buli.. Hehe.. Sayangku sayang, kau tau tak masa tulis surat ni aku rindu sangat kat kau. Dah lebih 6 tahun kita tak jumpakan padahal kalau nak jumpa boleh jer aku turun Subang tak pun kau datang jer kat tempat aku. Habis cerita, tapi kenapa eh kita susah nak jumpa? Agak-agak kau makin kurus ke makin chubby? Tapi apa pun semoga kau sentiasa dalam rahmat ALLAH.

Kay, sebenarnya aku tulis surat saja jer.. Kalau kau rindu kat aku kau boleh baca surat ni ulang kali kan.. Kau ingat tak aku pernah kata aku nak jadi bulan supaya aku boleh temankan kau sentiasa? Lepas ni kalau kau rindu aku tengok jer bulan tu mesti rindu kau terubat dan aku memang akan sentiasa temankan kau walaupun waktu siang bulan tak nampak sebab tersorok kerana terangnya matahari. Tapi bulan tetap ada dan aku tetap ada dalam hati kau begitulah sebaliknya. Aku harap dan berdoa semoga persahabatan kita kekal selamanya..

Adoi, apalah yang aku jiwang sangat ni kan.. Dah la wei, aku nak tergelak baca surat sendiri.. Haha.. Cukup-cukuplah surat ni untuk kau baca kalau kau rindu aku.. Aku stop sini ok. Lain kali insya allah kalau masih mampu menulis aku tulis lagi.. Salam..

Aku yang cute.."

1 comment:

Анна Лапина said...

Также и Проститутку Киева Не хмурь бровей!
корректируют своей рацион, в связи с тем, что нагрузки достаточно существенные Всегда мужчина выбирает одних баб, и отается равнодушным к другим девушкам, даже если вторые очень стараются и делают все возможное для того, чтобы привлечь их внимание. Самое важное - это узнать все тайны женской привлекательности: в чем они заключаются в характере, внешности или в чем- то еще?